Taraf hidup umumnya diukur menerusi piawai seperti pendapatan benar (iaitu pendapatan terlaras inflasi) setiap orang dan kadar kemiskinan. Ukuran-ukuran yang lain seperti ketersediaan dan kualiti penjagaan kesihatan, ketaksamaan pertumbuhan pendapatan dan taraf pendidikan juga digunakan. Contoh-contohnya termasuk keupayaan memiliki sesetengah barang (misalnya bilangan peti sejuk setiap 1,000 orang), atau ukuran kesihatan seperti jangka hayat. Taraf hidup ialah mudahnya seseorang yang hidup pada sesuatu masa dan tempat dapat memenuhi keperluan mereka.
Gagasan terhadap 'taraf' dapat dibezakan daripada mutu kehidupan yang mengambil kira bukan sahaja taraf hidup kebendaan tetapi juga aspek-aspek kehidupan yang tidak begitu ketara seperti masa lapang, keselamatan, sumber budaya, kehidupan sosial, kesihatan fizikal, isu kualiti persekitaran, dan sebagainya. Cara mengukur kesejahteraan harus digunakan untuk membuat pertimbangan, dengan ini seringnya amat bersifat politik dan justera itu, amat berkontroversi. Walaupun dua buah negara atau masyarkat mempunyai taraf hidup kebendaan yang sama, faktor-faktor mutu kehidupan boleh menjadikan sesuatu tempat lebih menarik kepada sesesuatu orang atau kelompok berbanding dengan yang lain.
Bagaimanapun, masih terdapat masalah hanya dengan menggunakan purata berangka untuk membandingkan taraf hidup kebendaan, berbanding dengan, misanya, indeks Pareto (ukuran lebar pendapatan atau pengagihan kekayaan). Taraf hidup pada dirinya bersifat subjektif. Misalnya, negara-negara yang mempunyai kelas atasan kaya yang amat sedikit dan kelas bawahan yang amat miskin boleh mempunyai tahap pendapatan min yang tinggi, walaupun kebanyakan penduduk mempunyai "taraf hidup" yang rendah. Ini mencerminkan masalah pengukuran kemiskinan yang cenderung juga bersifat relatif dan menggambarkan bagaimana pengagihan pendapatan boleh menyembunyikan taraf hidup yang sebenar.
Serupa juga, Negara A, sebuah negara sosialis yang sempurna dengan pendapatan per kapita purata yang sangat rendah akan ditempatkan lebih tinggi tentang ketaksamaan pendapatan yang lebih rendah, berbanding dengan Negara B dengan ketaksamaan pendapatan yang lebih tinggi, walau jika lapisan terendah pengagihan penduduk Negara B mempunyai pendapatan per kapita yang lebih tinggi daripada Negara A. Contoh-contoh benar terhadap keadaan ini termasuk bekas Jerman Timur berbanding dengan Jerman Barat serta Korea Utara berbanding dengan Korea Selatan. Dalam setiap kes tersebut, negara sosialis mempunyai ketaksamaan pendapatan yang lebih rendah (dan oleh itu, ditempatkan lebih tinggi daripada segi ini), tetapi mempunyai pendapatan per kapita yang lebih rendah daripada kebanyakan kaunterpart berjiran mereka. Ini dapat dielakkan dengan menggunakan ukuran pendapatan pada pelbagai persentil penduduk, berbanding dengan menggunakan ketaksamaan pendapatan yang sungguh bersifat relatif dan berkontroversi.