Tatanegara atau politi (Jawi: تاتانڬارا atau ڤوليتي ) ialah entiti politik yang dapat dikenali—sebarang kumpulan orang yang memiliki identiti kolektif, yang diatur oleh beberapa bentuk hubungan sosial yang berinstitusi, dan memiliki kemampuan untuk menggerakkan sumber daya.[1] Sesebuah tatanegara boleh menjadi sekumpulan orang yang diatur untuk pemerintahan (seperti lembaga korporat), pemerintahan negara, subdivisi negara, atau negara berdaulat.