Taufan (skala JMA) | |
---|---|
Taufan kategori 5 super (SSHWS) | |
Terbentuk | 10 Julai 2014 |
Reda | 20 Julai 2014 |
Angin terkuat | 10 minit berterusan: 165 km/j (105 bpj) 1 minit berterusan: 260 km/j (160 bpj) |
Tekanan terendah | 935 hPa (mbar); 27.61 inHg |
Kematian | 114 orang |
Kerosakan | $968 juta (2014 USD) |
Kawasan terjejas | |
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2014 |
Taufan Rammasun (atau Taufan Glenda di Filipina) membadai pulau, pantai di negara-negara Micronesia seperti Luzon, Metro Manila, Lembah Cagayan, Bicol, Bataan, Zambales di negara Filipina dan Hainan di Republik Rakyat China pada Julai 2014. Rammasun bermaksud 'hentaman Tuhan' dalam bahasa Siam. Taufan ini merupakan taufan Pasifik yang ke-3 musim ini selepas Taufan Ling Ling dan Taufan Kajiki pada awal 2014.[1][2]
Satelit NASA melaporkan taufan Rammasun menuju ke pulau Guam di Lautan Pasifik. Wilayah Amerika Syarikat itu menerima hujan antara 25-50 mm. Negara pulau Taiwan dan Hong Kong turut menerima kesan taufan Rammasun dan berhadapan dengan tanah runtuh.