Teknologi (Jawi: تيكنولوڬي serapan Yunani: τεχνολογία, rumi: technología gabungan τέχνη tékhnē, yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan" dan -λογία -logía yang bermaksud "pembelajaran, kajian") merupakan pembangunan dan penggunakan ilmu pengetahuan alat mesin, bahan serta proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.