Tengku Maimun Tuan Mat SSM, PMN; SPSK (Kelantan); DUPN (Pulau Pinang); DPSK (Kelantan) | |
---|---|
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-10 | |
Memegang jawatan 2 Mei 2019 | |
Dicalonkan oleh | Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Dilantik oleh | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Tun Dr. Mahathir Mohamad (2018—2020) Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020—2021) Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (2021—2022) Dato Seri Anwar Ibrahim (2022—kini) |
Didahului oleh | Tun Richard Malanjum |
Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman | |
Memegang jawatan 2 Mei 2019 | |
Didahului oleh | Tun Richard Malanjum |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tengku Maimun binti Tuan Mat 2 Julai 1959 Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Pasangan | Dato’ Haji Zamani Ibrahim |
Anak-anak | 4 |
Alma mater | Universiti Malaya |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat (lahir 2 Julai 1959)[1] ialah peguam Malaysia dan Ketua Hakim Malaysia yang kesepuluh. Tengku Maimun diumumkan sebagai Ketua Hakim Malaysia baharu, menggantikan Richard Malanjum yang bersara pada 12 April 2019, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 2 Mei 2019. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan di dalam jabatan kehakiman tertinggi di negara ini.[2][3]