Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut TNI-AL | |
---|---|
Lambang Tentera Laut Indonesia Bendera Tentera Laut Indonesia | |
Ditubuhkan pada | 10 September 1945 |
Negara | Indonesia |
Jenis | Tentera laut |
Saiz | 74,000[1] (2011) |
Sebahagian daripada | Tentara Nasional Indonesia |
Moto | Jalesveva Jayamahe (bahasa Sanskrit, lit: "Justru di Laut Kita Jaya") |
Kapal perang dan perlengkapannya | 150[2] (2012) |
Pertempuran | Pertempuran Laut Aru |
Laman web | http://www.tnial.mil.id/ |
Komander | |
Kepala Staf | Laksamana Muhammad Ali |
Wakil Kepala Staf | Laksamana Madya Ahmadi Heri Purwono |
Tanda kebesaran | |
Bendera Kapal | |
Roundel & Fin Flash |
Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut (disingkatkan kepada TNI-AL, dalam Bahasa Inggeris "Indonesian National Military-Naval Force") adalah cabang laut bagi Tentara Nasional Indonesia. Ia ditubuhkan pada 10 September 1945 dan mempunyai tanggungjawab meronda kawasan pesisiran Indonesia yang panjang, untuk menguatkuasa dan membuat rondaan perairan wilayah dan zon ekonomi eksklusif (EEZ) Indonesia, untuk melindungi kepentingan strategik maritim Indonesia, untuk melindungi pulau-pulau seluruh Indonesia, dan mempertahankannya dari ancaman serangan laut. Ia mempunyai sekitar 126 buah kapal perang pelbagai kelas dan jenis, menjadikan angkatan ini sebagai salah satu angkatan tentera laut yang terbesar dari segi keanggotaan dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.
Angkatan Laut ini dipimpin oleh seorang Kepala Staf (disingkatkan kepada Kasal). Angkatan ini turut diperkuatkan dengan tiga armada utama yang dikenali sebagai "Armada" iaitu Komando Armada I (Markas 1 Armada) bertempat di Jakarta, Komando Armada II (Markas 2 Armada) bertempat di Surabaya, Komando Armada III (Markas 3 Armada) bertempat di Sorong, dan sebuah Markas Angkutan Laut Tentera (Komando Lintas Laut Militer). Angkatan Laut juga memimpin Korps Marinir Indonesia.
Semua kapal dalam armada TNI-AL membawa imbuhan awalan KRI yang bermaksud Kapal Republik Indonesia (Republic of Indonesia Ship).
|date=
(bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link)