Tentera Laut Diraja Kanada | |
---|---|
Royal Canadian Navy Marine royale canadienne | |
Aktif | 1910–kini |
Negara | Kanada |
Kesetiaan | Elizabeth II, Ratu Kanada |
Jenis | Tentera laut |
Saiz | 22,800 tentera 13,400 tentera tambahan |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Kanada |
Ibu pejabat | Ibu Pejabat Pertahanan Negara |
Moto | Ready Aye Ready |
Kawat | "Heart of Oak" |
Maskot | SONAR (Anjing Newfoundland) |
Pertempuran | Perang Dunia Pertama Perang Dunia Kedua Perang Korea Perang Teluk Perang Afghanistan Operasi MOBILE |
Laman web | www |
Komander | |
Pemerintah Tentera Laut Diraja Kanada | Laksamana Madya Arthur Gerard McDonald |
Komander Tentera Laut Diraja Kanada | Mark Norman CMM CD |
Tentera Laut Diraja Kanada (RCN) (Inggeris: Royal Canadian Navy, Perancis: Marine royale canadienne), secara rasminya dikenali sebagai Perintah Maritim atau dalam Bahasa Inggerisnya Maritime Command (MARCOM), merupakan tentera laut bagi negara Kanada. RCN adalah salah satu cabang tentera yang digabungkan sepenuhnya menjadi satu pemerintahan berpusat Angkatan Tentera Kanada yang beribu pejabat di Ibu Pejabat Pertahanan Negara, Kanada. Pada tahun 2015, Tentera Laut Diraja Kanada mengendalikan aset berupa sebuah kapal pembinasa (destroyer),12 buah kapal frigat, 4 buah kapal selam peronda, 12 buah kapal pertahanan pesisir pantai, 8 buah kapal peronda tidak bersenjata/latihan serta beberapa buah kapal sokongan/bantuan. Tentera Laut Diraja Kanada terdiri daripada 8,500 anggota tetap yang berkhidmat sepenuh masa, 5,100 orang kelasi simpanan sukarela dan dibantu oleh pula oleh 5,300 orang kakitangan awam.[1] Kini Laksamana Madya Mark Norman merupakan Panglima dan Ketua Staff Tentera Laut Diraja Kanada.[2]
Tentera Laut Kanada telah ditubuhkan pada 1910 dengan nama Servis Tentera Laut Kanada sebelum menerimapakai gelaran Diraja pada 1911.[3] kemudian Tentera Laut Diraja Kanada bergabung sepenuhnya dengan Tentera Udara Diraja Kanada dan Tentera Darat Kanada bagi membentuk satu markas pemerintahan tunggal yang disebut Gabungan Angkatan Tentera Kanada pada tahun 1968, selepas itu ia dikenali sebagai "Perintah Maritim" sehinggalah pada tahun 2011 di mana nama RCN dipulihkan. Sepanjang sejarahnya, RCN telah berkhidmat di dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, Perang Korea, Perang Teluk dan banyak menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Oleh kerana pada masa ini Ketua Negara bagi Kerajaan Kanada adalah seorang Ratu, maka nama kapal-kapal RCN yang ditauliahkan dalam perkhidmatan akan diawali dengan HMCS (Her Majesty's Canadian Ship/Submarine).