Tentera Merah

Angkatan Tentera Soviet

Components
Staf Jeneral
Pasukan Roket Strategik
Tentera Darat
Pasukan Pertahanan Udara
Tentera Udara
Tentera Laut
Pangkat Angkatan Tentera Soviet
Pangkat Angkatan Tentera Kesatuan Soviet
Sejarah Angkatan Tentera Soviet
Sejarah Angkatan Tentera Kesatuan Soviet
Sejarah pangkat tentera Rusia
Lencana Tentera Merah

Tentera Merah (Rusia: Рабоче-крестьянская Красная армия, Raboche-krest'yanskaya Krasnaya armiya; RKKA, atau terjemahan penuhnya iaitu Tentera Merah Pekerja-Petani) merupakan pasukan bersenjata pertama yang disusun oleh golongan Bolshevik semasa Perang Saudara Rusia pada tahun 1918 dan, pada tahun 1922, menjadi pasukan tentera darat untuk Kesatuan Soviet.

"Merah" secara rasminya merujuk kepada darah kelas pekerja dalam pergelutan mereka menentang kapitalism, dan kepercayaan kepada kesamarataan. Nama "Merah" telah digugurkan pada 25 Februari 1946, apabila simbol-simbol kebangsaan mengantikan semangat-semangat lama revolusi, dan ia kemudian dengan rasminya dinamakan semula sebagai Tentera Darat Soviet (bahasa Rusia: Советская Армия, Sovetskaya Armiya). Tentera Merah secara beransur-ansur berkembang untuk menjadi pasukan tentera darat terbesar dalam sejarah sejak tahun 1940-an sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, walau bagaimanapun Tentera Pembebasan Rakyat China mungkin melepasi Tentera Merah dari segi saiz dalam beberapa ketika.

Rencana ini menumpukan unsur pasukan darat dari Tentera Darat Soviet, yang kemudian dikenali sebagai Pasukan Darat Soviet. Sila lihat Angkatan Tentera Soviet untuk perincian keseluruhan pasukan tentera bersenjata Soviet.


Developed by StudentB