Tentera Udara Diraja Arab Saudi

Tentera Udara Diraja Arab Saudi
NegaraArab Saudi
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Arab Saudi
Nama samaranRSAF
PertempuranPerang Teluk :
Perisai Padang Pasir
Pertempuran Khafji
Operasi Ribut Padang Pasir
Komander
Panglima Tentera UdaraKhalid bin Sultan
Komander
terkenal
Sultan bin Salman
Tanda kebesaran
Roundel

Tentera Udara Diraja Arab Saudi (Arab: القوات الجوية الملكية السعودية, Al Quwwat al Jawwiya al Malakhiah as Sa'udiya), merupakan cabang tentera udara bagi Angkatan Tentera Arab Saudi. Arab Saudi memiliki kuasa tempur udara ketiga terbesar selepas Tentera Udara Turki dan Tentera Udara Israel di Timur Tengah. Tentera Udara Diraja Arab Saudi telah bertukar dan membangun daripada sebuah pasukan tentera yang bersifat bertahan menjadi sebuah pasukan yang memiliki keupayaan serangan yang maju. Arab Saudi juga memiliki angkatan pesawat F-15 ketiga terbesar selepas Tentera Udara Amerika Syarikat dan Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun.

Kekuatan tulang belakang pesawat Tentera Udara Diraja Arab Saudi kini didokong oleh pesawat Panavia Tornado dan Boeing F-15 Eagle. Pesawat Tornado dan pesawat-pesawat lain kebanyakannya diserahkan di bawah kontrak-kontrak Al Yamamah dengan British Aerospace (kini BAE Systems). Arab Sadi telah memesan pelbagai jenis persenjataan pada tahun 1990-an, termasuk peluru berpandu anti kapal Sea Eagle, bom panduan laser dan bom jatuhan bebas.


Developed by StudentB