Tentera Udara Diraja New Zealand (bahasa Inggeris: Royal New Zealand Air Force, RNZAF; bahasa Māori: Te Tauaarangi o Aotearoa - "Wira Langit New Zealand", sebelumnya ini Te Hokowhitu o Kahurangi - "Puak Perang [Langit] Biru"[5]) merupakan bahagian tentera udara Pasukan Pertahanan New Zealand. Ia dibentuk daripada cawangan Tentera Udara Diraja British di New Zealand lalu menjadi suatu pasukan bebas pada tahun 1923, namun banyak anggota RNZAF yang turut berkhidmat dalam RAF akhir tahun 1940-an. Pasukan ini pernah terlibat dalam Perang Dunia Kedua, Darurat Tanah Melayu, Perang Korea, Perang Vietnam dan Perang Teluk serta pelbagai misi pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Keupayaan Tentera Udara Diraja ini kini dikurangkan secara ketara kepada penggunaan sebanyak 51 buah pesawat yang digunakan pada tahun 2016[6] bagi menumpukan kepada pengawasan kelautan serta pengangkutan bekalan bagi Tentera Laut Diraja New Zealand dan Tentera Darat New Zealand.