Terusan Suez

Terusan Suez, dilihat dari orbit Bumi.

Terusan Suez atau Terusan Suways (Jawi: تروسن سويز atau تروسن سويس‎; Arab: قناة السويس, rumi: Qanāt al-Suways) merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di dunia merentasi Ismus Suez dari Port Said di Laut Mediterranean ke Pelabuhan Tewfik di bandar Suez menghadap Laut Merah di Semenanjung Sinai, dua-dua dalam negara Mesir; panjang ia 163 kilometer (101 batu) dan lebarnya 300 m (984 kaki). Terusan tersebut terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Tengah sehingga ke Teluk Suez di Laut Merah.

Sebanyak lebih 18,500 buah kapal dagang melalui terusan ini pada tahun 2020, dengan kadar rata-rata 51.5 buah kapal sehari.[1][dated info]

Terusan ini membenarkan laluan air dua hala antara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika lalu menjadi kepentingan dua-dua rantau benua ini. Sebelum pembukaannya dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut melalui kenderaan darat di antara dua laut tersebut.

  1. ^ Yeung, Jessie (26 Mac 2021). "Suez Canal authorities need to remove up to 706,000 cubic feet of sand to free the Ever Given". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2021. Dicapai pada 26 Mac 2021.

Developed by StudentB