Tok Janggut | |
---|---|
Kelahiran | Mat Hassan bin Mat Munas 1853 Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan |
Meninggal dunia | 25 Mei 1915 Kota Bharu, Kelantan |
Nama lain | Tok Janggut |
Pendidikan |
|
Pekerjaan |
|
Terkenal kerana | Penentang Penjajahan British |
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut (1853 – 25 Mei 1915) ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Gelaran Tok Janggut yang diberikan kepada beliau adalah kerana janggutnya yang panjang hingga ke paras dada.