Tteok

Tteok
Sepinggan garaetteok, sejenis tteok
Nama Korea
Hangul
Hanjatiada
Perumian Semakantteok
McCune–Reischauerttŏk

Tteok (sebutan bahasa Korea: [t͈ʌk]) ialah sekelas kuih-muih tradisional Korea yang dibuat daripada tepung beras pulut (chapssal) yang dikukus. Tepung beras biasa boleh digunakan untuk membuat beberapa jenis tteok. Terdapat ratusan jenis tteok berbeza-beza yang dijamu sepanjang tahun. Di Korea, adalah menjadi adat untuk menjamu tteok guk (sup tteok) ketika sambutan Tahun Baru, dan juga tteok manis pada upacara perkahwinan atau jamuan hari jadi. Kuih ini merupakan sejenis makanan perayaan yang terdapat dalam pelbagai jenis masakan, baik dihiasi dengan kekacang dan buah-buahan, mahupun dimakan kosong sahaja. Selain tepung beras pulut, tteok boleh dimasak dengan bahan-bahan lain seperti kacang hijau, kacang merah, jujub dan buah-buahan kering yang lain, biji dan minyak bijan, gula, dan kacang pain.


Developed by StudentB