Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Tuanku Syed Sirajuddin
توانكو سيد سراج الدين إبن المرحوم توانكو سيد ڤوترا جمال الليل‎
Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis
Raja Perlis VII
Pemerintahan17 April 2000 – kini
Pertabalan7 Mei 2001
Didahului olehTuanku Syed Putra Jamalullail
Pewaris takhtaTuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Yang di-Pertuan Agong XII
Pemerintahan13 Disember 2001 – 12 Disember 2006
Kemahkotaan25 April 2002
Didahului olehSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Diikuti olehSultan Mizan Zainal Abidin
Keputeraan (1943-05-17) 17 Mei 1943 (umur 81) (umur 81 tahun, 5 bulan dan 27 hari)
Arau, Perlis, Tanah Melayu
PasanganTengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid (k. 1967)
Anakanda
Nama penuh
Tuan Syed Sirajuddin Ibni Tuan Syed Harun Putra Jamalullail
Nama diraja
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
KerabatJamalullail
AyahandaTuanku Syed Putra Jamalullail
BondaTengku Budriah
AgamaIslam Sunni

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Jawi: توانكو سيد سراج الدين ابن المرحوم توانكو سيد ڤوترا جمال الليل) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 17 April 2000 hingga sekarang. Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan anakanda kedua daripada 10 putera dan puteri Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah.

Pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.

Baginda dimasyhurkan Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.

Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim dari Kelantan.


Developed by StudentB