Tulisan Cina Ringkas (Cina Ringkas: 简体字 ; Cina Tradisional: 簡體字 ; pinyin: jiǎn tǐ zì) adalah satu daripada dua cara penulisan yang digunakan dalam Bahasa Cina. Cara yang bertentangan adalah tulisan cara tradisional. Tulisan Cina Ringkas merupakan Hanzi (perkataan-perkataan Cina) yang telah dipermudahkan cara penulisannya oleh kerajaan China dengan matlamat untuk mempromosikan kebolehan membaca dan menulis di kalangan rakyatnya, kerana adalah dikatakan bahawa para penduduk miskin seperti petani menghadapi kesukaran mempelajari tulisan tradisional.