Tulisan Kanji (漢字 , "aksara Han") ialah tulisan Cina yang diterapkan langsung dalam menulis bahasa Jepun[1] selain aksara-aksara hiragana dan katakana. Tulisan ini menggunakan cara lama yang sama digunakan untuk menulis bahasa Cina klasik[2] namun adakala dibacakan dengan sebutan dan makna tersendiri berdasarkan kedudukan dan konteks dalam penulisan.