CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Kawalan (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang wongklom dan err band melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.
Istilah unit pemprosesan pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti Cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam litar bersepadu.