United Sabah Bajau Organisation

Fail:Logo usbo.jpg

Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu atau United Sabah Bajau Organization (USBO). Penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan untuk membela nasib suku kaum Bajau/Sama di negeri ini bermula seawal tahun-tahun 1950an. Bagaimanapun, usaha bersungguh-sungguh sekumpulan guru-guru berketurunan Bajau/Sama dari daerah Papar Sabah sekitar awal tahun 1960an membawa kepada penubuhan Persatuan Sabah Bajau Bersatu atau United Sabah Bajau Association (PSBB/USBA). PSBB atau USBA yang didaftarkan pada 15 Julai 1964, mengkhususkan keahliannya hanya kepada rakyat Malaysia yang berketurunan suku kaum Bajau/Sama, Irranun dan Suluk sahaja pada ketika itu. Sejak tahun 1964 USBA atau PSBB memindahkan pusat gerakannya ke daerah Kota Belud. Ketika itu, USBA lebih kenali ramai sebagai PSBB.

Bagaimanapun, untuk menekankan dan menjelaskan perjuangannya yang lebih menjurus kepada bidang budaya dan seni Bajau/Sama, maka nama PSBB diubah menjadi Persatuan Seni Budaya Bajau, Sabah atau Bajau Arts And Cultural Association, Sabah pada 1993 tetapi masih mengekalkan akronim PSBB.


Developed by StudentB