Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia
اونيۏرسيتي ساءينﺱ مليسيا
மலேசிய அறிவியல் பல்கலைக்கழகம்
Logo Universiti Sains Malaysia
MotoKami Memimpin
JenisAwam
Ditubuhkan pada10 Jun 1969[1][2]
CanselorDYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail
Naib CanselorProfesor Dato' Ir.Dr. Abdul Rahman Mohamed [3]
Lokasi,
KampusKampus Induk (Georgetown, Pulau Pinang),
Kampus Kesihatan (Kubang Kerian, Kelantan),
Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
PenggabunganASAIHL
Laman sesawangusm.my
Logo Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia (Tulisan Jawi: اونيۏرسيتي ساءينﺱ مليسيا; USM) merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di George Town, Pulau Pinang. Terdapat tiga buah kampus lain iaitu sebuah di Seberang Perai dan sebuah lagi di Kelantan dan sebuah kampus luar negara yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India.[4][5] USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006.[6] Hal ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.

Universiti Sains Malaysia merupakan sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.[7] Hal ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, USM mempunyai kira-kira 30,000 pelajar termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah.[8] Jumlah pensyarah seramai 1,600 orang. Hal ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.

  1. ^ "Universiti Sains Malaysia".
  2. ^ "Hamzah Sendut: Malay Civilisation". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-02. Dicapai pada 2017-04-02.
  3. ^ Pengurusan tertinggi USM
  4. ^ USAHA USM MEMARTABATKAN PENGAJIAN TINGGI NEGARA[pautan mati kekal] Berita USM. 22 Februari 2010
  5. ^ IPTA pertama buka cawangan di luar negara Diarkibkan 2010-10-23 di Wayback Machine Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan
  6. ^ Current Information 2006 (Petunjuk Semasa 2006 USM) BPLK USM.
  7. ^ Boost for research TheStar. 19 Ogos 2007.
  8. ^ Institute of Graduate Sudies USM

Developed by StudentB