Tunku Abdul Rahman University 拉曼大学 拉曼大學 Lāmàn Dàxué துங்கு அப்துல் ரகுமான் பல்கலைக்கழகம் اونيۏرسيتي تونكو عبدالرحمن | |
Jenis | Swasta |
---|---|
Ditubuhkan pada | 13 Ogos 2002 |
Canselor | Tun Dr. Ling Liong Sik[1] |
Presiden | Ir Prof. Dr Ewe Hong Tat[2] |
Pengarah | Tan Sri Dato' Seri Dr Ting Chew Peh |
Staf akademik | >2,000[3] |
Pelajar | >26,000 (2016)[4] |
Siswazah | 20,080 (2016)[5] |
Lokasi | , |
Kampus | Sungai Long Kampar |
Warna | Biru, Kuning dan Merah |
Penggabungan | |
Laman sesawang | www.utar.edu.my |
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) (Inggeris: Tunku Abdul Rahman University) merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang bukan keuntungan, dan menyeluruh di Malaysia. UTAR adalah salah satu universiti swasta terunggul di Malaysia, berada di tangga 100 teratas dalam Universiti Terbaik Asia Times Higher Education 2018[9] dan di tangga 600 teratas dalam Universiti Terbaik Dunia Times Higher Education 2021[10], berada No. 2 di Malaysia selepas Universiti Malaya[11].
UTAR ditubuhkan pada June 2002 di bawah dana nama UTAR Education Foundation, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan.[12] UTAR kini mempunyai 14 fakulti,[13] 52 jabatan akademik dan 28 pusat penyelidikan.[14]
UTAR mempunyai dua kampus, Kampus Sungai Long terletak dalam Klang Valley dan Kampus Kampar berada di negeri Perak, di mana bandar tersebut dikenali dengan aktiviti perlombongan bijih timah.[15][16] Pada June 2015, dua kampus Petaling Jaya and Kuala Lumpur telah dipindah ke kampus Sungai Long.[17]
UTAR mengambil 411 pelajar bagi pengambilan pertama pada June 2002. Jumlah pelajar universiti telah berkembang pesat sejak penubuhan. Menurut salah satu penerbitan universiti, UTAR kini mempunyai melebihi 26,000 pelajar.[18]
Pada permulaan, UTAR hanya mempunyai lapan program kepujian ijazah muda[19] tetapi kini menawarkan melebihi 117 program, termasuk program asas, ijazah muda berserta program ijazah lanjutan meliputi pelbagai disiplin pengajian dan penyelidikan.[20]