Upacara (pinjaman bahasa Sanskrit उपचार upacāra "pelayanan, kehadiran"[1][2]) adalah suatu keramaian yang ditindakkan atau dilakukan menurut adat baik secara budayamasyarakat mahupun agama[3] di mana ia bersifat istiadat dan tatacara. Ia turut boleh dipakai dalam konteks luar kerohanian sebagai menandakan peristiwa penting yang lain.[4]
Upacara peribadatan, di mana suatu komuniti berhimpun bersama-sama untuk bersembahyang, misalnya umat Muslimsolat berjamaah, umat Yahudi beribadat di saumaah atau umat Kristian menghadiri Misa.
Upacara pengabadian peribadi, di mana seseorang melakukan ibadah peribadi, termasuk berdoa dan melakukan ziarah, misalnya seorang Muslim atau Muslimah menunaikan ibadahHaji di Baitullah. Dalam Islam juga, sesuatu uacara yang dilaksanakan itu tidaklah merupakan suatu retorik, tetapi ia merupakan suatu kaedah pengibadatan terhadap Allah dan mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
^Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 184–185.
^"उपचार / upacāra". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 1 Jun 2020.
^"upacara". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 1 Jun 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
^Arti kata upacara - Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Dicapai pada 1 Jun 2020.