Upacara teh Jepun (sadō/chadō (茶道?, "jalan teh") atau chanoyu (茶の湯 )) ialah sebuah aktiviti kebudayaan Jepun yang melibatkan penyediaan upacara dan persembahan matcha (抹茶 ), yakni serbuk teh hijau. Tatacara sadō dipanggil sebagai temae (点前 ).[1] Aktiviti ini bersifat kekeluargaan, dan teh akan diminum bersama-sama keluarga atau teman rapat; konotasi keagamaan dan upacara biasanya diterbitkan oleh media Eropah. Istilah Inggeris "Teaism" telah diasas oleh Okakura Kakuzō bagi menggambarkan pandangan dunia unik yang dikaitkan dengan upacara minum teh Jepun, berbanding dengan hanya menumpukan pada aspek upacara, satu perspektif yang tidak disenangi oleh ramai praktisi.[2] [3] [4]
Sadō juga boleh menggunakan teh daun, terutamanya jenis sencha, kalau matcha sadō menggunakan sencha, maka disebut sebagai senchadō (煎茶道?, "jalan sencha"). Upacara teh dapat dikategorikan menjadi dua, iaitu tidak formal (chakai (茶会?, "minum teh bersama-sama")) serta formal (chaji (茶事?, "acara teh")).
Makanan yang dihidangkan dalam chakai dan chaji berbeza. Teh chakai dihidangkan bersama dengan kuih-muih, kek, limau dan mungkin snek. Upacara chaji yang lebih formal biasanya diminum besama dengan kaiseki dan makanan penutup, teh pekat dan limau. Acara chaji biasanya lama, dan terkadang sehingga empat hingga lima jam.