Uraninit | |
---|---|
Pitchblende dari deposit Niederschlema-Alberoda, Jerman |
|
Maklumat am | |
Kategori | Mineral oksida |
Formula kimia | Uranium dioksida atau uranium(IV) oxide (UO2) |
Pengecaman | |
Warna | Hitam keluli ke hitam baldu, hitam keperangan, kelabu muda ke hijau muda; dalam cahaya dipancar, hijau muda, kuning muda ke kelabu gelap |
Tabii hablur | Besar, berbotrioid, berbutir. Kristal oktahedra jarang. |
Sistem hablur | Isometrik |
Pembelahan | Tidak nyata |
Fraktur | Konkoid ke tidak sekata |
Kekerasan skala Mohs | 5–6 |
Kilau | Sublogam, bergris, pudar |
Sifat-sifat optik | Isotropik |
Guris | Hitam keperangan, kelabu, hijau buah zaitun |
Graviti tentu | 10.63–10.95; menurun apabila teroksida |
Diafaneiti | Legap; lutsinar dalam bentuk serpihan nipis |
Ciri-ciri lain | Radioaktif: lebih daripada 70 Bq/g |
Kelainan-kelainan utama | |
Pitchblende | Besar |
Uraninit (Inggeris: uraninite) adalah mineral dan bijih radioaktif yang kaya dengan uranium dengan komposisi kimia kebanyakannya UO2, tetapi juga UO3 dan juga oksida-oksida plumbum, torium dan unsur bumi nadir. Ia biasanya dikenali dengan nama pitchblende (daripada pitch disebabkan warna hitamnya, dan blende, satu istilah yang digunakan oleh pelombong Jerman untuk menyatakan mineral-mineral yang kepadatannya mencadangkan bahawa mineral itu mengandungi logam, tetapi ketika mineral itu dinamakan, logam di dalamnya tidak boleh dikeluarkan kerana ia mustahil ataupun tidak boleh dilaksanakan secara ekonomi). Mineral ini telah diketahui sekurang-kurangnys sejak abad ke-15 dari lombong-lombong perak di Pergunungan Bijih, di sempadan Jerman/Republik Czech.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.