Designasi | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Adjektif | Mercurian | ||||||||||||
Ciri-ciri orbit | |||||||||||||
Epok J2000 | |||||||||||||
Afelion | 69,817,079 km 0.466 698 35 AU | ||||||||||||
Perihelion | 46,001,272 km 0.307 499 51 AU | ||||||||||||
Paksi semimajor | 57,909,176 km 0.387 098 93 AU | ||||||||||||
Kesipian | 0.205 630 69 | ||||||||||||
Tempoh qamari | 115.8776 hari | ||||||||||||
Kelajuan purata orbit | 47.36 km/saat | ||||||||||||
Min anomali | 174.796° | ||||||||||||
Kecondongan | 7.004 87° (3.38° ke khatulistiwa matahari) | ||||||||||||
Longitud nod menaik | 48.331 67° | ||||||||||||
Argumen perihelion | 29.124 78° | ||||||||||||
Satelit | Tiada | ||||||||||||
Ciri-ciri fizikal | |||||||||||||
Jejari khatulistiwa | 2439.7 km (0.383 kali Bumi) | ||||||||||||
Isi padu | 6.083×1010 km³ (0.056 kali Bumi) | ||||||||||||
Jisim | 3.302×1023 kg (0.055 kali Bumi) | ||||||||||||
Min ketumpatan | 5.427 g/cm³ | ||||||||||||
Graviti permukaan khatulistiwa | 3.701 m/s² (0.377 g) | ||||||||||||
Halaju lepas | 4.435 km/s | ||||||||||||
Tempoh putaran ikut bintang | 58.6462 hari (58 hari 15.5088 j) | ||||||||||||
Halaju putaran khatulistiwa | 10.892 km/h (di khatulistiwa) | ||||||||||||
Kecondongan paksi | ~0.01° | ||||||||||||
Jarak hamal kutub utara | 281.01° (18 jam 44 min 2 saat) 1 | ||||||||||||
Keserongan kutub utara | 61.45° | ||||||||||||
Albedo | 0.10-0.12 | ||||||||||||
| |||||||||||||
Magnitud ketara | −2.6 hingga 5.7 | ||||||||||||
Diameter sudut | 4.5" – 13" | ||||||||||||
Atmosfera | |||||||||||||
Komposisi | 31.7% Kalium 24.9% Natrium 9.5% Oksigen Atom 7.0% Argon 5.9% Helium 5.6% Molekul Oksigen 5.2% Nitrogen 3.6% Karbon dioksida 3.4% Air 3.2% Hidrogen | ||||||||||||
sunting |
Utarid (pinjaman Arab: عُطارِد, rumi: `Uṭārid , ☿) adalah planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Malahan saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede dan bulan Zuhal, Titan.
Kehampirannya dengan Matahari dan kekecilannya menjadikannya planet yang paling sukar diamati. Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah. Tidak banyak diketahui mengenai planet ini, kapal angkasa yang pertama daripada dua buah kapal yang mendekati planet Utarid adalah Mariner 10 dari tahun 1974 hingga 1975, yang hanya memetakan 45% daripada permukaan planet.[1] Kapal angkasa yang kedua adalah kepal angkasa MESSENGER, yang memetakan lagi 30% permukaan planet semasa penerbangannya pada 14 Januari, 2008.[1] MESSENGER akan membuat dua laluan lagi mengelilingi planet Utarid, diikuti dengan penyertaan orbit pada tahun 2011, dan akan meninjau dan memetakan seluruh planet berkenaan.
|date=
(bantuan)