Virus RNA ialah virus yang memiliki RNA (asid ribonukleik) sebagai bahan genetiknya.[1] Asid nukleik ini biasanya bebenang tunggal RNA (ssRNA) tetapi mungkin juga RNA bebenang ganda dua (dsRNA).[2] Penyakit manusia yang disebabkan oleh virus RNA diantaranya ialah penyakit virus Ebola, SARS, anjing gila, selesema, influenza, hepatitis C, hepatitis E, polio, campak, dan koronavirus.
Jawatan Antarabangsa mengenai Taksonomi Virus (ICTV) mengklasifikasikan virus RNA sebagai Kumpulan III, Kumpulan IV atau Kumpulan V pada sistem Klasifikasi Baltimore mengenai virus dan tidak menganggap virus dengan perantara DNA dalam kitaran hidupnya sebagai virus RNA.[3] Virus yang menggunakan RNA sebagai bahan genetik dan juga sebagai zat perantara DNA dalam kitaran replikasi disebut retrovirus, terdiri dari Kumpulan VI dari pengelasan Baltimore. Virus yang tergolong dalam kategori retrovirus seperti HIV-1 dan HIV-2, penyebab penyakit AIDS.
Istilah lain untuk virus RNA yang secara eksplisit mengecualikan retrovirus ialah ribovirus.[4]