biru | Waktu Eropah Barat (UTC+0) Waktu Musim Panas Eropah Barat (UTC+1) |
biru terang | Waktu Eropah Barat (UTC+0) |
merah | Waktu Eropah Tengah (UTC+1) Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+2) |
kuning | Waktu Eropah Timur (UTC+2) Waktu Musim Panas Eropah Timur (UTC+3) |
emas | Waktu Kaliningrad (UTC+2) |
hijau | Waktu Moscow (UTC+3) |
Waktu Musim Panas Eropah Tengah (bahasa Inggeris: Central European Summer Time , CEST) ialah salah satu nama bagi zon waktu UTC+2, yang 2 jam lebih awal daripada Waktu Semesta Berkoordinat. Ia digunakan sewaktu waktu jimat siang di musim panas di kebanyakan negara-negara Eropah dan Afrika Utara. Ketika musim sejuk pula, Waktu Eropah Tengah (UTC+1) digunakan.
Waktu Musim Panas Eropah Tengah ini pada beberapa ketika pernah dikenali dengan pelbagai nama, seperti Middle European Summer Time, Central European Daylight Time (CEDT) atau Bravo Time, sempena dengan huruf kedua dalam abjad fonetik.