Jenis produk | Pemain audio mudah alih, perakam audio mudah alih |
---|---|
Pemilik | Sony |
Diperkenalkan | 1979 |
Pasaran | Seluruh dunia |
Sony Walkman, ditulis sebagai WALKMAN (ウォークマン ), ialah sebuah jenama bagi kumpulan pemain audio mudah alih yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh Sony bermula pada tahun 1979. Produk asal di bawah jenama Walkman ialah sebuah pemain kaset mudah alih[1][2] dan kemudian jenama ini berkembang dengan pengeluaran banyak produk berkaitan dengan pemain audio mudah alih yang lain.
Sejak tahun 2011, kesemua produk di bawah jenama Walkman merupakan pemain audio digital. Terdapat juga pemain video mudah alih yang dipasarkan di bawah jenama Walkman seperti model NW-800 yang merupakan model pertama Walkman dengan ciri pemain video, dikeluarkan pada bulan Mac 2007[3].
Populariti pemain kaset mudah alih Walkman yang semakin meningkat pada tahun 1980-an melahirkan istilah tidak rasmi "walkman", yang merujuk kepada pemain stereo peribadi untuk pelbagai jenama dan pengeluar lain[4].
Sebanyak 220 juta unit kesemua model untuk pemain kaset Walkman telah terjual setelah produksi produk ini tamat pada tahun 2010[5], manakala sebanyak 400 juta unit kesemua produk di bawah jenama Walkman[5], termasuklah pemain digital Walkman seperti DAT, MiniDisc, CD (pada asalnya dinamakan sebagai Discman kemudian dinamakan sebagai CD Walkman) dan juga pemain audio kad ingatan Walkman telah terjual[6][7]. Jenama Walkman juga pernah digunakan dalam produk lain seperti radio transistor dan juga produk telefon bimbit keluaran Sony Ericsson.