Wikipedia:Kategori

Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa nama mestilah mempunyai kandungan== Kepada pembaca baru ==

Kategori merupakan halaman senarai untuk mengelaskan topik-topik; umpamanya, kategori:sains bermaksud untuk mengandungi topik-topik seperti biologi dan geografi. Sekiranya anda masih baru di Wikipedia dan andainya, anda memilihkan kategori:sains, anda mungkin akan terperanjat melihat dua senarai:

  1. Subkategori bagi kategori:sains, seperti kategori:astronomi; dan
  2. Rencana-rencana seperti rencana Wikipedia mengenai astronomi.
  • Senarai pertama mengandungi kategori-kategori yang lebih khusus dan mengandungi rencana-rencana terperinci yang tidak terdapat di kategori peringkat tinggi. Umpamanya, kategori:astronomi mengandungi rencana-rencana astrofizik dan bintang-bintang perduaan. Sering kali juga terdapatnya banyak peringkat kategori dan subkategori.
  • Sekiranya anda minat akan rencana am, sila lihat senarai kedua (#2 di atas) untuk tajuk-tajuk rencana. Jika anda tidak dapat menemui rencana yang diminati, sering kalinya ia berada dalam subkategori.

Sekiranya anda hendak menjelajah kategori amnya sewaktu membaca sebuah rencana, sila lihat petak "Kategori" di bawah rencana itu yang menyenaraikan semua kategori yang mempunyai kaitan dengan rencana tersebut.

Pautan-pautan Kategori: juga didapati di halaman-halaman kategori bagi membolehkan anda melayari senarai-senarai untuk mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki.


Developed by StudentB