Penafian umum – Penafian kandungan – Penafian perundangan – Penafian perubatan – Penafian risiko |
Wikipedia memuatkan rencana mengenai banyak topik perubatan; bagaimanapun, tiada jaminan sedikit pun diberikan bahawa sesuatu rencana itu tepat. Tidak ada sebarang jaminan bahawa mana-mana kenyataan di dalam atau dipetik dalam suatu rencana yang menyentuh hal perubatan adalah benar, betul, tepat, atau mutakhir. Sebahagian besar rencana sedemikian ditulis, sebahagian atau seluruhnya, oleh bukan profesional. Bahkan jika suatu kenyataan tentang tentang ubat-ubatan adalah tepat, ia mungkin tidak berkaitan dengan anda atau gejala anda.
Maklumat perubatan yang disediakan di Wikipedia adalah, paling terbaik, bersifat umum dan tidak boleh menggantikan nasihat dari ahli profesional perubatan (misalnya, doktor/pakar perubatan yang layak, jururawat, ahli farmasi/ahli kimia, dan sebagainya). Wikipedia bukanlah doktor.
Tidak seorangpun penyumbang individu, pengendali sistem, pemaju, penaja Wikipedia atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Wikipedia boleh mengambil tanggungjawab ke atas hasil atau kesan sebarang percubaan menggunakan atau mengikut maklumat yang disajikan di tapak web ini.
Tiada apa di Wikipedia.org atau yang termasuk sebagai sebahagian daripada projek Wikimedia Foundation Inc, harus ditafsirkan sebagai usaha untuk menawarkan atau memberi pendapat perubatan atau terlibat dalam amalan perubatan.
Walaubagaimanapun, Wikipedia sentiasa mempunyai inspirasi dan komitmen bagi memastikan setiap rencana yang tersedia disini sentiasa dapat ditentusahkan dan tidak berat sebelah. Kakitangan dan para pentadbir Wikipedia sentiasa memastikan perkara terpenting tersebut dapat direalisasikan sebagai harapan dan sokongan untuk memperoleh suatu bentuk ensiklopedia bebas berkualiti, berkreadibiliti dan berketrampilan.