Laman ini mendokumenkan dasar atau polisi Wikipedia Bahasa Melayu, piawai yang telah dipersetujui ramai dan hendaklah diikuti oleh semua pengguna. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan. |
Mesej laman ini secara ringkas: Akaun pengguna dan alamat IP boleh disekat daripada menyunting oleh seorang Penyelia untuk mencegah Wikipedia daripada diganggu dan menjadi tergendala. |
Sekatan merupakan tindakan penyelia Wikipedia menghalang sesuatu akaun pengguna atau alamat IP/had daripada menyunting Wikipedia. Sekatan merupakan pengehad berbanding tindakan hukuman yang digunakan untuk menghalang kerosakan kepada Wikipedia di samping menguruskan vandalisme dan mengetatkan larangan serta polisi-polisi Wikipedia yang lain. Tempoh sekatan mungkin berubah, tetapi biasanya berkuat kuasa selama 24 jam jika tidak dikhususkan dalam hal lain, dan dalam kebanyakannya suatu sekatan boleh dibatalkan sekiranya penyunting bersetuju untuk menghentikan perlakuan laku musnah.
Semua pengguna boleh mengirimkan permohonan sekatan kepada Penyelia ataupun tempat-tempat lain yang disenaraikan di bawah, yang mungkin mengakibatkan tindakan cepat diambil berlandaskan bukti pelanggaran polisi yang disediakan.
Jika anda tidak bersetuju dengan sekatan yang telah dilaksanakan, mulakan dengan membincangkan hal tersebut dengan penyelia yang menguatkuasakan sekatan tersebut. Penyelia boleh menyahsekat jika keadaan berubah dan sekatan tidak lagi sesuai.