Wikipedia | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | wikipedia |
Eponim | wiki dan ensiklopedia |
Singkatan | Wikipédia, Wikipedia, ウィキペディア, Viquipèdia, Wikipèdia, Vicipaedia, Wikipedia, Βικιπαίδεια, ဝီကီပီးဒီးယား, ويكبيديا dan Wikipedia |
Jenis | Projek ensiklopedia internet |
Tersedia dalam | Terdapat 275 versi bahasa yang aktif (285 jumlah versi Wikipedia secara keseluruhan) |
Ditubuhkan | 15 Januari 2001 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Pencipta | Jimmy Wales, Larry Sanger dan komuniti Wikimedia |
Pengasas | Jimmy Wales dan Larry Sanger |
Penerbit | Komuniti Wikipedia |
Kandungan dan sokongan | |
Keluaran | Ensiklopedia internet |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Pilihan |
Pengguna | 35,000,000 (jumlah keseluruhan berdaftar daripada semua versi)[1] |
Pelantar disokong | LAMP dan Varnish |
Lesen | Atribusi-Perkongsian Serupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons dan Atribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons |
Ditulis dalam | PHP |
Enjin perisian | MediaWiki |
Pembangun web | Jimmy Wales dan Larry Sanger |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | ▬ 6 (Oktober 2013[kemas kini])[2] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Miami, Florida |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Anugerah | |
– Hadiah Erasmus (25 November 2015) – Anugerah Puteri Asturias untuk Kerjasama Antarabangsa (2015) – Grimme Online Award (en) (2005) – FSF Free Software Award for Projects of Social Benefit (en) (2005) | |
Pautan luar berkaitan | |
OCLC | 52075003 |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Wikipedia (Jawi: ويكيڤيديا ) ialah sebuah ensiklopedia yang boleh diubah suai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Wikipedia dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia yang tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada khidmat yang diberikan. Sebagai tambahan kepada matlamat ensiklopedia iaitu untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal, dan juga perkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya. Tiada seorang pun yang dapat memiliki maklumat yang terdapat dalamnya dan tiada rencana yang akan ditamatkan. Satu lesen yang dikenali GFDL telah dicipta untuk memastikan setiap orang mengakui bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memperbaiki setiap rencana.
Wikipedia berkandungan terbuka, bermaksud ia boleh digunakan secara bebas, boleh disunting secara bebas, dan bebas untuk disalin dan disebarkan. Ringkasnya, Wikipedia ialah kerja keras yang unik yang tidak wujud dalam ensiklopedia tradisional. Ia mempunyai sistem baik pulih sendiri dalam perjalanannya melalui cabaran-cabaran ini.[3]
Wikipedia bermula sebagai projek Bahasa Inggeris pada 15 Januari 2001, dan kemudiannya mendapat bahasa lainnya yang pertama, Perancis, pada 23 Mac 2001. Wikipedia bahasa Melayu pula bermula pada 28 Januari 2003. Terdapat banyak usaha yang telah terlibat untuk membuatkannya berbilang bahasa, dan pada masa ini ia telah mengandungi lebih 18 juta rencana dan lebih 4 juta ialah rencana dalam bahasa Inggeris.[4]