Songkhla
สงขลา Singgora | |
---|---|
Negara | Thailand |
Ibu kota | Songkhla |
Pentadbiran | |
• Gabenor | Kritsada Bunrat |
Keluasan | |
• Jumlah | 7,393.9 km2 (2,854.8 batu persegi) |
• Pemeringkatan | Ke-26 |
Penduduk (2011) | |
• Jumlah | 1,367,010 |
• Pemeringkatan | Ke-11 |
• Kepadatan | 179.2/km2 (464/batu persegi) |
• Pemeringkatan | Ke-14 |
Zon waktu | UTC+7 (Waktu di Thailand) |
Kod ISO 3166 | TH-90 |
Songkhla (Bahasa Thai: สงขลา ; Bahasa Melayu: Singgora; Tulisan Jawi: سيڠݢورا) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang berdekatan adalah Satun, Phatthalung, Nakhon Si Thammarat, Pattani dan Yala. Di bahagian selatan Songkhla bersempadan dengan Malaysia.
Berbeza dengan kebanyakan wilayah lain, ibu kota, Songkhla bukanlah bandar terbesar dalam wilayah itu. Bandar yang lebih baru Hat Yai, yang mempunyai populasi seramai 359,813 orang, dianggap lebih besar, dua kali lebih banyak daripada populasi Songkhla (163,072). Ini sering membawa salah tanggapan bahawa Hat Yai adalah ibu kota wilayah.