William Shakespeare | |
---|---|
Lahir | Dibaptiskan pada 26 April 1564 (tarikh lahir tidak diketahui) Stratford-upon-Avon, Warwickshire, England |
Meninggal dunia | 23 April 1616 (berumur 52 tahun) Stratford-upon-Avon, Warwickshire, England |
Pekerjaan | Penulis lakon layar, penyair, pelakon |
Warganegara | Inggeris |
Tempoh | Zaman Pembaharuan Inggeris |
Pasangan | Anne Hathaway (k. 1582–1616) |
Anak |
|
Saudara |
|
Tandatangan | |
William Shakespeare (26 April 1564 (dibaptiskan) – 23 April 1616) ialah seorang penulis terkenal dalam bidang kesusasteraan Barat. Shakespeare mengarang 38 buah drama, termasuk beberapa buah drama kecil yang mungkin dikarang bersama orang lain, serta 154 buah puisi soneta dan tiga atau empat buah puisi panjang. Beliau dipercayai menghasilkan kebanyakan daripada karyanya antara 1586 dan 1616. Zaman Pembaharuan Inggeris seringkali dikenali sebagai "Tempoh Shakespeare". Ramai orang telah mengagak kehidupan Shakespeare dan memperdebatkan adakah orang lain yang mengarangkan sebahagian ataupun kesemua drama dan puisinya.