Windows Media Player | |
---|---|
Pembangun | Microsoft |
Pelancaran pertama | 1991 |
Versi terkini/stabil | 12.0.19041.84 (28 Mei 2020 | )
Sistem pengendalian | Microsoft Windows |
Pelantar | Microsoft Windows |
Jenis | Perisian hak milik, media player software, tag editor |
Genre | Media player |
Lesen | Perisian hak milik |
Format fail boleh ditulis | |
Format fail boleh dibaca | |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | Microsoft Windows Media |
sunting · sunting di Wikidata |
Windows Media Player merupakan sebuah pemain media digital popular keluaran Microsoft yang disertakan dalam Windows. Pemain ini digunakan untuk memainkan audio, video dan imej pada komputer peribadi (PC). Tedapat juga versi Windows Media Player untuk PC saku dan peranti berasaskan Windows Mobile lain. Selain itu, Windows Media Player juga pernah dikeluarkan untuk Mac OS, Mac OS X dan Solaris.
Versi pertama Windows Media Player iaitu versi 6 mula dikeluarkan pada tahun 1999 sebagai pengganti kepada program Media Player pada versi Windows terdahulu. Windows Media Player 6 juga turut disertakan dalam Windows 98 SE.
Versi terkini Windows Media Player ialah versi 12 yang disertakan dalam Windows 10 serta boleh dimuat turun untuk pelantar Windows 8.