Wizurai (viceroy) adalah seorang pegawai diraja yang menguruskan sesebuah negara, tanah jajahan, atau wilayah bandar (atau negeri) atas nama dan sebagai wakil raja. Istilah viceroy berasal dari awalan Latin vice- bermaksud "di tempat" dan perkataan Perancis roi iaitu "raja". Sebuah wilayah wizurai atau wilayah yang lebih besar boleh dipanggil kewizuraian.