Xavier Becerra | |
---|---|
Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat ke-25 | |
Menyandang jawatan 19 Mac 2021 | |
Presiden | Joe Biden |
Timbalan | Andrea Palm |
Didahului oleh | Alex Azar |
Peguam Negara Negeri California ke-33 | |
Dalam jawatan 24 Januari 2017 – 18 Mac 2021 | |
Gabenor | Jerry Brown Gavin Newsom |
Didahului oleh | Kamala Harris |
Digantikan oleh | Rob Bonta |
Pengerusi Kaukus Dewan Perwakilan Demokratik | |
Dalam jawatan 3 Januari 2013 – 3 Januari 2017 | |
Ketua | Nancy Pelosi |
Didahului oleh | John Larson |
Digantikan oleh | Joe Crowley |
Naib Pengerusi Kaukus Dewan Perwakilan Demokratik | |
Dalam jawatan 3 Januari 2009 – 3 Januari 2013 | |
Ketua | Nancy Pelosi |
Didahului oleh | John Larson |
Digantikan oleh | Joe Crowley |
Pembantu kepada Ketua Dewan Perwakilan Demokratik | |
Dalam jawatan 3.Januari 2007 – 3 Januari 2009 | |
Ketua | Nancy Pelosi |
Didahului oleh | John Spratt |
Digantikan oleh | Chris Van Hollen |
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat California | |
Dalam jawatan 3 Januari 1993 – 24 Januari 2017 | |
Didahului oleh | Edward Roybal |
Digantikan oleh | Jimmy Gomez |
Kawasan pilihan raya | Daerah ke-30 (1993–2003) Daerah ke-31 (2003–2013) Daerah ke-34 (2013–2017) |
Ahli Dewan Undangan Negeri California daerah ke-59 | |
Dalam jawatan 1990–1992 | |
Didahului oleh | Charles Calderon |
Digantikan oleh | Dick Mountjoy |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sacramento, California, A.S. | 26 Januari 1958
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Carolina Reyes |
Anak | 3 |
Pendidikan | Universiti Stanford |
Laman web | Laman web kerajaan |
Xavier Becerra (lahir 26 Januari 1958) ialah seorang ahli politik dan peguam Amerika Syarikat yang kini merupakan Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan yang ke-25 dan terkini setelah pencalonan beliau disahkan oleh Senat dengan undian 50-49, undian yang paling sengit dalam kabinet Biden.[1] Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai Peguam Negara Negeri California dari tahun 2017 hingga 2021. Beliau sebelum ini merupakan ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang mewakili Pusat Bandar Los Angeles di Kongres Amerika Syarikat dari tahun 1993 hingga tahun 2017. Becerra yang juga ahli Parti Demokrat merupakan pengerusi Kaukus Dewan Perwakilan Demokratik dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Pada 6 Disember 2020, beliau dilaporkan telah dipilih presiden terpilih Joe Biden untuk menjadi calon Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat.[2][3]
Becerra dilahirkan di Sacramento, California hasil perkahwinan ibu bapa warga Mexico. Beliau ialah seorang graduan Universiti Stanford dan menerima ijazah Doktor Juris dari Sekolah Perundangan Stanford. Beliau bekerja sebagai peguam di Badan Bantuan Perundangan di Massachusetts sebelum kembali ke California pada tahun 1986 untuk bekerja sebagai pembantu tadbir untuk senator negeri Art Torres. Becerra berkhidmat sebagai timbalan peguam negara di Jabatan Keadilan Negeri California dari tahun 1987 hingga tahun 1990 sebelum beliau terpilih ke Dewan Undangan Negeri California. Beliau berkhidmat selama satu penggal di kawasan itu dari tahun 1990 hingga tahun 1992.
Becerra pertama kali dipilih ke Dewan Perwakilan pada tahun 1992. Beliau mewakili daerah kongres ke-30 California dari 1993 hingga 2003, daerah kongres ke-31 California dari 2003 hingga 2013, dan daerah kongres ke-34 California dari 2013 hingga 2017. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Kaukus Kongres Hispanik dari 1997 hingga 1999, Naib Pengerusi Kaukus Dewan Perwakilan Demokratik dari 2009 hingga 2013 dan sebagai ahli Jawatankuasa Bersama Pemilih Pengurangan Defisit.