Yang di-Pertua Negeri Yang di-Pertua Negeri Sarawak | |
---|---|
Governor of Sarawak | |
Gelaran | Tuan Yang Terutama (T.Y.T.) |
Bidang kuasa | Sarawak |
Kediaman | Astana, Sarawak |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong |
Tempoh jawatan | 4 hingga 6 tahun |
Penjawat sulung | Abang Haji Openg |
Dibentuk | 16 September 1963 |
Tapak web | tyt |
sunting · sunting di Wikidata |
Yang di-Pertua Negeri Sarawak ialah ketua pemerintah tertinggi kerajaan bagi seluruh Wilayah Sarawak. Beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Premier Sarawak. Yang di-Pertua Negeri Sarawak juga boleh dikenali sebagai Gabenor Sarawak (Governor of Sarawak). Tempoh pemerintahan Yang di-Pertua Negeri Sarawak adalah selama empat tahun, dan masih boleh dilanjutkan sehingga maksimum enam tahun sahaja.
Lokasi kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak adalah terletak di Astana, di kawasan tebing utara Sungai Sarawak, Kuching.