Yang di-Pertuan Agong Malaysia | |
---|---|
يڠ دڤرتوان اݢوڠ | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda |
Singkatan | YDPA |
Bidang kuasa | Malaysia |
Kediaman | Istana Negara |
Dilantik oleh | Majlis Raja-Raja |
Tempoh jawatan | 5 tahun |
Penjawat sulung | Tuanku Abdul Rahman |
Dibentuk | 31 Ogos 1957 |
Nama tidak rasmi | Raja Malaysia |
Timbalan/naib | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Gaji | RM1,054,560.00 setahun Akta Peruntukan DiRaja 1982 [Akta 269] [1] |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Yang di-Pertuan Agong (YDPA, Jawi: يڠ دڤرتوان اڬوڠ ) atau lebih penuh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia, di mana negara ini yang mengamalkan pemerintahan beraja dilantik yang menonjol daripada beberapa bentuk monarki lain di dunia. Konsep raja yang dipilih dipercayai berakar dari kerajaan-kerajaan Srivijaya dan Ayutthaya abad ke-7; ketika itu raja dipilih dari negeri-negeri kota di Srivijaya.
Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa pelaksana, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. [2]
Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat bersama Baginda dan seseorang itu tidak terikat pada kehendak Perdana Menteri yang sebelum itu sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Yang di-Pertuan Agong, bagaimanapun tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau menangguhkan permohonan untuk membubarkan parlimen. [3] Baginda juga boleh membubarkan atau menggantung Parlimen tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh menolak undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awalnya. [4]
Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2024 [5] berikutan Al-Sultan Abdullah dari Pahang Tamat tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kekal sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
|dead-url=
(bantuan)