Yeo Bee Yin | |
---|---|
杨美盈 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Puchong, Selangor | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Gobind Singh Deo |
Digantikan oleh | 57,957 (PRU-15) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bakri, Johor | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Er Teck Hwa |
Digantikan oleh | Tan Hong Pin |
Majoriti | 23,211 (PRU-14) |
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Muhammad V |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan | Isnaraissah Munirah Majilis |
Didahului oleh | Wilfred Madius Tangau Sains & Teknologi Maximus Ongkili Tenaga Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar Alam Sekitar |
Digantikan oleh | Khairy Jamaluddin Sains & Teknologi Shamsul Anuar Nasarah Tenaga Tuan Ibrahim Tuan Man Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad Perubahan Iklim |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Damansara Utama | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Cheah Wing Yin |
Digantikan oleh | Jamaliah Jamaluddin |
Majoriti | 30,689 (PRU-13) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Batu Anam, Daerah Segamat, Johor, Malaysia | 26 Mei 1983
Parti politik | PH-DAP |
Pasangan | Lee Yeow Seng (berkahwin 2019) |
Kediaman | Damansara |
Tempat belajar | Universiti Teknologi Petronas Universiti Cambridge |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Jurutera |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Laman web | yeobeeyin.com |
Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin (Cina ringkas: 杨美盈 ; pinyin: Yáng Měiyíng; lahir 26 Mei 1983) ialah seorang ahli politik Malaysia daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Puchong dan mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita Kebangsaan DAP, Setiausaha dan Pemangku Ketua Wanita DAP Selangor.
Yeo telah dipilih sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar pada 2 Julai 2018, sebagai sebahagian daripada Kabinet ke-7 Perdana Menteri Mahathir Mohamad.[1] Kementerian kemudiannya dinamakan semula sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada 2 Ogos 2018 untuk tujuan kemudahan akronim.[2]