Yeremia (bahasa Ibrani: יִרְמְיָהוּ Yirməyāhū; bahasa Inggeris: Jeremiah) adalah seorang nabi dalam Alkitab Ibrani. Yeremia hidup di antara bahagian terakhir abad ketujuh dan bahagian pertama abad keenam Sebelum Masihi. Nama ini berasal dari bahasa Ibrani: Yirmeyahu yang bererti “Yahwe meningkatkan”.
Yeremia telah sekian lama bekerja sebagai nabi, dan selama waktu itu ia selalu memperingatkan umat Tuhan tentang bencana yang akan menimpa mereka kerana mereka berdosa dan menyembah berhala. Bencana itu menjadi kenyataan apabila pada masa Yeremia masih hidup: Nebuchadnezar raja Babel merebut dan menghancurkan Baitulmaqdis serta Kuil Suci yang ada di situ; raja Yehuda bersama rakyatnya telah diarahkan diangkut ke Babel (untuk menjadi hamba abdi). Yeremia juga menyifatkan bahawa orang-orang itu akan kembali dari pembuangan (pelarian) dan keadaan bangsa Israel akan pulih kembali.
Tulisannya terdapat dalam Kitab Yeremia.