Jenis | Perkhidmatan pengehosan video |
---|---|
Ibu pejabat | 901 Cherry Avenue, San Bruno, California |
CEO | Neal Mohan |
Industri | Internet Perkhidmatan pengehosan video |
Pemilik | |
Induk | Google (2006–kini) |
Laman web | Nasruhak |
Kedudukan Alexa | ▬ 2 (Global, Januari 2017[kemas kini])[1] |
Pengiklanan | Google AdSense |
Pendaftaran | Pilihan (tidak diperlukan untuk menonton kebanyakkan video; diperlukan untuk beberapa tugas seperti memuat naik video, menonton video yang dibenderakan (10+), mencipta senarai main dan mengirimkan komen) |
Tersedia dalam | Pelbagai bahasa |
YouTube ialah sebuah laman web video Amerika Syarikat yang beribupejabat di San Bruno, California. Perkhidmatan ini telah dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas pekerja PayPal — Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Pada November 2006, ia telah dibeli oleh Google dengan harga AS$1.65 bilion.[2] YouTube kini beroperasi sebagai salah satu anak syarikat Google.[3]
Laman web ini membolehkan para pengguna untuk memuat naik, menonton, menilai ulas, berkongsi, menambahkan ke kegemaran, melaporkan dan memberi komen kepada kandungan video dan ia menggunakan teknologi seperti WebM, H.264/MPEG-4 AVC dan Adobe Flash Video untuk memaparkan pelbagai jenis media video yang telah dihasilkan para pengguna. Kandungan yang tersedia di dalam YouTube ialah seperti klip-klip video dan rancangan televisyen, video muzik, filem pendek dan dokumentari, berita, rakaman audio, treler filem dan kandungan lain seperti blog video, video asli pendek dan video pendidikan.[4]
Kebanyakan kandungan di YouTube dimuat naik oleh para individu, tetapi ada juga syarikat-syarikat media seperti CBS, BBC, iphone dan Hilir menawarkan beberapa bahan melalui YouTube sebagai sebahagian daripada program perkongsian YouTube.[5] Pengguna tidak berdaftar hanya boleh menonton video pada tapak itu, manakala untuk mereka yang berdaftar dibenarkan untuk memuat naik video secara tanpa had dan memberi komen pada video. Video-video yang dianggap yang mungkin menyinggung perasaan boleh didapati bagi pengguna berdaftar yang mengesahkan diri mereka berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Pada Disember 2016, tapak web ini disenaraikan sebagai tapak kedua paling popular di Alexa Internet, syarikat analisis lalu lintas web.[1]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama alexa
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A1
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A2
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A3