Dalam bidang arkeologi, Zaman Logam ialah tingkat perkembangan mana-mana masyarakat yang menggunakan alat-alat besi seperti perkakas dan senjata secara ketara. Penggunaan bahan ini kebetulan dengan perubahan-perubahan yang lain di sesetengah masyarakat purba, seringnya diiringi oleh pengamalan pertanian, kepercayaan agama, dan gaya kesenian yang berbeza-beza, walaupun tidak semestinya.
Zaman Besi merupakan zaman utama yang terakhir selepas Zaman Gangsa dalam sistem tiga zaman yang mengelaskan masyarakat-masyarakat prasejarah. Tarikh dan konteksnya berbeza-beza, bergantung kepada negara atau kawasan geografinya. Secara klasik, Zaman Besi dianggap bermula pada abad ke-12 SM di Timur Dekat kuno, India kuno (bersama-sama Tamadun Veda Rigveda) dan Yunani (bersama-sama Zaman Kelam Yunani). Di kawasan-kawasan Eropah yang lain, Zaman Besi dimulakan lebih kemudian. Zaman Besi bermula pada abad ke-8 SM di Eropah Tengah dan pada abad ke-6 SM di Eropah Utara. Penggunaan besi untuk melebur dan menempa alat-alat muncul dalam tamadun Nok di Afrika Barat menjelang tahun 1200 SM. [1] Zaman Besi biasanya dianggap tamat di Mediterranean dengan bermulanya:
Zaman Besi adalah lebih kurang sama dengan tingkat ketika pengeluaran besi merupakan jenis kerja logam yang paling canggih. Kekerasan dan takat lebur yang tinggi, dengan banyaknya sumber bijih besi, menyebabkan besi lebih diingini dan "lebih murah" berbanding dengan gangsa, dan amat menyumbangkan kepada penerimaannya sebagai logam yang paling biasa digunakan. Pengenalan penggunaan besi untuk berbagai-bagai bidang disenaraikan di bawah mengikut urutan kronologi secara umum. Oleh sebab penggunaan besi diperkenalkan secara langsung kepada Amerika dan Australasia melalui penjajahan Eropah, tidak adanya sebarang Zaman Besi di kedua-dua lokasi tersebut.