Zaman Kelam

Rencana ini adalah mengenai istiah "Zaman Kelam" sebagai penyifatan Zaman Pertengahan (Awal) di Eropah. Untuk zaman pada dirinya, sila lihat Zaman Pertengahan dan Zaman Pertengahan Awal. Bagi kegunaan lain untuk frasa ini, sila lihat Zaman Kelam (nyahkekaburan).
Francesco Petrarca, tokoh pertama memikirkan idea "Zaman Kelam" Eropah - ilustrasi sebahagian Kitaran Lelaki dan Wanita Terkenal (Cycle of Famous Men and Women), Andrea di Bartolo di Bargillac, k.k. 1450.

Dalam historiografi, frasa Zaman Kelam paling dikenali sebagai Zaman Pertengahan Awal Eropah, dan berlangsung dari lebih kurang 476 Masihi hingga kira-kira 1000 Masihi.

Konsep "Zaman Kelam" ini dicipta oleh penyokong-penyokong humanisme dan pada asalnya bertujuan sebagai kritikan umum terhadap sifat kesusasteraan Latin Akhir. Ahli-ahli sejarah kemudian memperluas erti istilah ini untuk merangkumi bukan sahaja kekurangan sastera Latin, tetapi juga kekurangan sejarah tertulis sezaman serta kekurangan pencapaian kebudayaan yang penting pada umumnya. Budaya popular memperluas istilah ini lagi sebagai alat untuk menggambarkan Zaman Pertengahan sebagai suatu tempoh kemunduran, dan memperluas erti memburuk serta memperbesar ruang lingkupnya.

Kebangkitan arkeologi dan bidang-bidang yang lain pada abad ke-20 telah banyak menjelaskan zaman tersebut dan membekalkan pemahaman nuansa tentang perkembangan-perkembangannya yang positif. Istilah-istilah penzamanan yang lain juga tampil ke muka: Zaman Purba Akhir, Zaman Pertengahan Awal, dan Zaman Penghijrahan, bergantung kepada segi-segi budaya yang ditegaskan.

Kebanyakan ahli sejarah moden menolak tanggapan bahawa era itu adalah "Zaman Kelam" dan menunjukkan bahawa idea ini adalah berdasarkan kejahilan tentang zaman itu, bersama-sama dengan stereotaip popular: banyak pengarang dahulu hanya mengandaikan bahawa era itu merupakan masa keganasan dan keadaan yang tidak berkembang, dan menggunakan andaian ini untuk membuktikan dirinya.

Di Britain dan Amerika Syarikat, frasa "Zaman Kelam" kekadang digunakan oleh ahli-ahli profesional dengan syarat-syarat yang ketat sebagai satu istilah penzamanan. Penggunaannya tidak bertujuan untuk menilai zaman itu, tetapi hanya untuk bermaksud ketiadaan rekod tertulis, iaitu "kelam" dan juga "senyap".


Developed by StudentB