Zaman Paleolitik Akhir


 Milenium:    Zaman Paleolitik PertengahanZaman Paleolitik AkhirMilenium ke-10 SM  



Zaman ini merupakan sebahagian
Epok Pleistosen.

  Zaman Pleistosen

Zaman Paleolitik
Zaman Paleolitik Awal
Zaman Paleolitik Pertengahan
Zaman Paleolitik Akhir
  Zaman Holosen
Zaman Mesolitik atau Epipaleolitik  
Zaman Neolitik
Orang-orang Paleolitik Akhir menggunakan gua-gua dan khemah-khemah seperti gambar ini (pembinaan semula) untuk tempat kediaman.

Zaman Paleolitik Akhir ialah subbahagian ketiga dan yang terakhir dalam Zaman Paleolitik atau Zaman Batu Tua, sebagaimana yang difahami di Eropah, Afrika, dan Asia. Secara umum, zaman ini berlangsung antara 40,000 dan 10,000 tahun dahulu.

Manusia moden (iaitu Homo sapiens sapiens), dipercayai muncul sejak sekitar 100,000 tahun dahulu dan mula berhijrah dari Afrika ke kawasan-kawasan lain semasa Zaman Paleolitik Pertengahan. Sehingga sekitar 40,000 tahun dahulu, gaya hidup manusia tidak banyak berbeza daripada gaya hidup leluhurnya. Tetapi dengan agak tiba-tiba, mereka mula menghasilkan budaya-budaya tersendiri mengikut kawasan, dan menggunakan teknologi-teknologi baru, teknik-teknik pemburuan yang lebih cekap, serta memiliki deria estetik yang lebih halus. Peralihan ini dari Zaman Paleolitik Pertengahan ke Zaman Paleolitik Akhir dipanggil Revolusi Zaman Paleolitik Akhir. Bagaimanapun, orang-orang Neanderthal terus menggunakan teknologi alat batu Mouster. Tinggalan-tinggalan terawal bagi petempatan-petempatan teratur dalam bentuk tapak khemah yang kekadangnya dilengkapi dengan lubang-lubang simpanan ditemui pada zaman ini. Kesemua ini sering terdapat di bahagian-bahagian bawah lembah yang sempit, mungkin untuk memudahkan pemburuan kawanan-kawanan yang lalu. Sesetengah tapak mungkin diduduki pada sepanjang tahun walaupun secara umum, tapak-tapak ini nampaknya hanya digunakan secara bermusim, dengan orang-orang bergerak antara satu sama lain untuk mengeksploitasikan sumber-sumber makanan yang berbeza pada masa-masa tertentu.

Kemajuan teknologi termasuk perkembangan-perkembangan yang penting dalam pengeluaran alat flin, dengan industri-industri berasaskan mata alat flin yang halus dan bukannya serpihan yang lebih mudah dan lebih pendek. Burin dan racloir membuktikan bahawa adanya pertukangan tulang, tanduk rusa, dan kulit haiwan pada masa itu. Damak dan tempuling yang lebih baik juga muncul dalam zaman ini.

Kerja seni juga mekar dengan patung-patung kecil Venus, lukisan gua, dan petroglif. Bahan-bahan mentah yang didapati jauh daripada sumber-sumbernya membayangkan bahawa hubungan-hubungan perdagangan telah berkembang pada masa itu. Pengelompokan sosial yang lebih rumit muncul, disokong oleh sumber-sumber makanan dan jenis-jenis alat khusus yang lebih berbeza-beza dan lebih boleh dipercayai. Ini mungkin menyebabkan peningkatan pengenalpastian kelompok atau keetnikan, dengan identiti-identiti kelompok ini menghasilkan lambang-lambang dan upacara-upacara amal tersendiri yang merupakan sebahagian penting tingkah laku manusia moden.

Alasan-alasan bagi perubahan-perubahan tingkah laku manusia ini telah dikatakan berkait dengan perubahan-perubahan iklim semasa zaman yang merangkumi sebilangan kejatuhan suhu sejagat mengakibatkan iklim yang lebih teruk daripada iklim zaman ais terakhir yang sudah begitu pahit. Ini mungkin mengurangkan bekalan kayu yang boleh digunakan manakala flin menjadi rapuh pada suhu-suhu yang rendah dan tidak boleh digunakan sebagai alat.

Kemunculan bahasa juga telah diperdebatkan sebagai sebab untuk perubahan-perubahan tingkah laku ini. Kerumitan keupayaan-keupayaan manusia yang baru ini juga membayangkan bahawa manusia tidak begitu pandai merancang sebelum 40,000 tahun dahulu, dan pertuturan telah menukarkan keadaan ini. [1] Bagaimanapun, cadangan ini tidak diterima secara meluas kerana pemisahan filogenetik manusia berlaku sejak Zaman Paleolitik Pertengahan (lihat bahasa proto).


Developed by StudentB