Zingiberaceae

Zingiberaceae
Temu-temuan
Kantan betul (Etlingera elatior)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Klad: Komelinid
Order: Zingiberales
Keluarga: Zingiberaceae
Martinov[1]
Genus jenis
Zingiber
Boehm.

Zingiberaceae ialah keluarga tumbuhan berbunga yang terdiri daripada sekitar 50 genus dengan kira-kira 1600 spesies[2] herba saka dikenal yang harum dengan rimpang datar atau berumbi yang menjalar. Ia tersebar merentasi Amerika, Asia dan Afrika tropika.[3] Kebanyakan spesies dalam keluarga ini adalah tumbuhan hiasan, rempah dan ubatan. Keluarga ini turut disebut temu-temuan,[4] dan disilih pakai dengan kata "jahe-jahean" di Indonesia.[5]

Beberapa spesies temu-temuan yang sering dijadikan rempah dalam masakan termasuklah halia (Zingiber officinale), lengkuas (Alpinia galanga), kunyit (Curcuma longa), bunga kantan (Etlingera elatior), dan puar (Amomum subulatum). Tumbuhan semacam bonglai bukit (Zingiber cassumunar), temu lawak (Curcuma xanthorhiza), cekur putih (Kaempria galanga), tulip siam (Curcuma alismatifolia) dan tentulang terbang (Hedychium coronarium) pula dijadikan ubatan dalam perubatan tradisional dan juga tanaman hiasan.[6]

  1. ^ Angiosperm Phylogeny Group (2009). "An update of the Angiosperm Phylogeny Group classification for the orders and families of flowering plants: APG III". Botanical Journal of the Linnean Society. 161 (2): 105–121. doi:10.1111/j.1095-8339.2009.00996.x.
  2. ^ Christenhusz, Maarten J.M.; Byng, James W. (20 May 2016). "The number of known plants species in the world and its annual increase". Phytotaxa. 261 (3): 201. doi:10.11646/phytotaxa.261.3.1.
  3. ^ WFO (2022). "Zingiberaceae". World Flora Online (dalam bahasa Inggeris). The World Flora Online Consortium. Dicapai pada 2022-01-09.
  4. ^ Dato' Mohd Anim Hosnan (28 September 2013). "HALIA - APA ISTIMEWANYA". Anim Agro Technology. Dicapai pada 2023-01-11.
  5. ^ Editor (29 Ogos 2016). "Jahe-jahean, Tanaman Aromatik dengan Beragam Manfaat". 1001 Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-12-01. Jahe-jahean atau temu-temuan (Zingiberaceae) merupakan...CS1 maint: extra text: authors list (link)
  6. ^ Chattopadhyay, Ishita; Biswas, Kaushik; Bandyopadhyay, Uday; Banerjee, Ranajit K. (2004). "Turmeric and curcumin: Biological actions and medicinal applications". Current Science. 87 (1): 44–53. JSTOR 24107978.

Developed by StudentB