Bahasa Haji

Bahasa Haji atau bahasa Aji tergolong dalam kelompok bahasa makro Melayu. Bahasa ini digunakan oleh 16,500 penutur dari 12 buah kampung di Ogan Komering Ulu Selatan, Sumatera Selatan dan lebih kurang 1000 penutur dari beberapa buah kampung di Lampung Selatan.

Terdapat beberapa penerbitan yang mendokumenkan kewujudan bahasa Haji. Antaranya ialah:

  • Satun, Aidy Ruslan. 1985. Struktur bahasa Aji. Research report. Palembang: Proyek Penelitian Bahasa dan Sastra Indonesia dan Daerah Sumatera Selatan.
  • Ratnawaty, Latifah, Zainul Arifin Aliana, Muslim, and Ahmad Bastari Suan. 2002. Struktur Sastra Lisan Aji. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pembangunan Bahasa.
  • Anderbeck, Karl. 2007. "Haji: one language out of twelve." Festschrift for James T. Collins. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Developed by StudentB