Evolusi

Pokok Kehidupan yang menunjukkan proses evolusi sejak detik bermulanya kehidupan.

Evolusi (Tulisan Jawi: ايۏولوسي) atau ubah ansur ialah teori sains yang dikemukakan oleh ahli biologi untuk menerangkan perubahan rupa dan sifat haiwan dan tumbuhan sepanjang zaman sehingga kini.[1]

Kaji selidik nyata membuktikan bahawa setiap hidupan banyak berubah dari zaman ke zaman, berdasarkan bentuk fosil yang terdapat di bumi. Oleh itu, adalah nyata bahawa hidupan zaman sekarang jauh berbeza dari hidupan zaman dahulu. Semakin lama zaman silamnya, semakin berlainan rupa bentuk fosilnya.[2] Ini merupakan kesan evolusi yang diterima sebagai fakta kerana banyak sekali bukti yang menyokongnya.[3][4][5] Pada masa yang sama, persoalan-persoalan evolusi masih giat diselidik oleh para ahli biologi.

Teori evolusi ini merupakan asas kepada ilmu biologi moden; dalam erti kata lain, tiada apa dalam ilmu biologi yang membawa erti tanpa pemahaman evolusi.[6]

Namun begitu, tujuan sebenar evolusi adalah menjelaskan dan membantu kefahaman, kerana inilah penjelasan baik terulung bagi sebab setiap hidupan memperoleh rupa bentuk dan ciri-ciri yang kita kenali. Perkara-perkara amalinya berasal dari bidang genetik yang dimulakan oleh Gregor Mendel.

  1. ^ Mayr, Ernst. 2001. What evolution is. Harvard.
  2. ^ Levin, Harold L. 2005. The Earth through time. 8th ed, Wiley, N.Y. Chapter 6: Life on Earth: what do fossils reveal?
  3. ^ Futuyma, Douglas J. 1997. Evolutionary biology, 3rd ed. Sinauer Associates. p751. ISBN 0-87893-189-9.
  4. ^ Guardian article by Richard Dawkins, Jerry Coyne
  5. ^ Muller, H. J. (1959). "One hundred years without Darwin are enough". School Science and Mathematics. 59: 304–305. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2010-01-06. Reprinted in: Zetterberg, Peter (ed.) (1983). Evolution versus Creationism: the public education controversy. Phoenix AZ: ORYX Press. ISBN 0897740610.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  6. ^ Dobzhansky, T. 1973. Nothing in biology makes sense except in the light of evolution. The American Biology Teacher 35: (March): 125-129.

Developed by StudentB