Moscow

Moscow
Москва
}}}
}}}
Bendera Lambang
Lokasi
Lokasi  Moscow  (jingga) }
Lokasi  Moscow  (jingga)
}
Kedudukan Moscow di Eropah
Kerajaan
Negara
Daerah

Subbahagian
Rusia
Daerah Pusat Persekutuan
Bandar raya Persekutuan
Datuk Bandar Sergey Sobyanin
Ciri-ciri Geografi
Keluasan
 - Bandar raya
1,081 km²
Jumlah penduduk
 - Bandar (2005)
   - Kepadatan

10,415,400
  8,537.2/km²
Koordinat 55°45′8″U, 37°37′56″T
Aras tinggi <130 - 253 m
Zon waktu
- Musim panas (DST)
MSK (UTC+3)
MSD (UTC+4)
Maklumat Lain
Kod pos 101xxx-129xxx
Kod telefon +7 495; +7 499
Plat nombor 77, 99, 97, 177
Laman web: www.mos.ru
Katedral Saint Basil dan Menara Spasskaya di Dataran Merah, Kremlin Moscow.

Moscow (Rusia: Москва́, rumi: Moskva, IPA: [mɐ'skva] , bahasa Inggeris: Moscow, Melayu Lama: Mosko (ejaan Jawi: موسكو)[1]) ialah ibu negara serta pusat politik, ekonomi, kewangan, pendidikan, dan pengangkutan yang terutama di Rusia. Terletak di tebing Sungai Moskva di Daerah Pusat Persekutuan yang terletak pula di bahagian barat Persekutuan Rusia, Moscow ialah bandar raya yang terbesar di Eropah. Bilangan penduduk tetap sebanyak 10.4 juta orang[2] merupakan sekitar 7% daripada jumlah penduduk Rusia.

Dari segi sejarah, Moscow terletak di pusat tanah air Rusia dan merupakan ibu negara untuk bekas Kesatuan Soviet, serta Rusia Muscovy, negara duluan kepada Empayar Rusia. Moscow juga merupakan tempat terletaknya Kremlin yang termasyhur, dan yang kini merupakan tempat kerja Presiden Rusia.

Budaya seni bina dan seni pentas Moscow amat termasyhur di seluruh dunia. Moscow juga amat dikenali dengan Katedral Saint Basil, dengan kubah-kubah berbentuk bawang yang anggun, serta Katedral Christ Sang Penyelamat (Cathedral of Christ the Savior). Paderi Moscow yang tinggal di Biara Danilov merupakan ketua Gereja Ortodoks Rusia. Moscow masih merupakan pusat ekonomi yang terutama dan mempunyai banyak orang kaya, dan sentiasa dianggap sebagai salah satu bandar raya yang termahal di dunia.[3]

Rusia mempunyai banyak institusi sains dan pendidikan, serta kemudahan sukan. Sistem pengangkutannya yang rumit termasuk sistem metro yang amat masyhur untuk seni binanya serta merupakan sistem yang tersibuk di dunia. Moscow merupakan tuan rumah Sukan Olimpik pada musim panas 1980.

  1. ^ Nama Melayu digunakan (Jawi: موسكو) dalam manuskrip Hikayat Perang Setambul bahagian II m/s. 57-66, dalam simpanan Perpustakaan Negara Malaysia - melalui Ermy Azziaty Rozali (2016). "Manuskrip 'Hikayat Perang Setambul' dan 'Hikayat Peperangan Al-Maulana Sultan Istanbul Yang Bernama Abdul Hamid Khan': sejarah peperangan daulah Turki Uthmaniyah dan Rusia". Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies. Universiti Kebangsaan Malaysia. 43 (2): 23–50. ISSN 2180-0251.
  2. ^ (Rusia) "СТОЛИЦА РОССИЙСКОЙ ФЕДЕРАЦИИ В ЗЕРКАЛЕ ЦИФР, ФАКТОВ И СОБЫТИЙ". Kerajaan Moscow. Dicapai pada 2006-07-07.
  3. ^ Boykewich, Stephen. "Moscow Dinamai Sebagai Bandar Raya Yang Termahal di Dunia". The Moscow Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-02.

Developed by StudentB